Selasa, 10 Juni 2008

Hancurnya sebuah harapan (2)

Misliah masih lagi berada didapur itu,Dia tidak dapat menahan kesedihan atas perbuatan Faizal kepadanya.Sambil mengesat air mata yang mengalir,Misliah perlahan-lahan mendudukkan dirinya kelantai dan menadah tangan berdoa kepada Allah."Ya Allah!sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas sesuatu dan engkau jualah yang maha penerima taubat! Ampunkanlah segala dosa anakku ini ya Allah! janganlah kau azab dia!bahkan kau berikanlah petunjuk kepadanya!kerana aku tidak mahu melihat dia dalam keadaan terus berdosa!kabulkan la doa aku ini ya Allah!"Selesai saja berdoa,Misliah terus mengerakkan tangannya mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.Dalam masa yang sama, Misliah hanya dapat bersabar sahaja dan ikhlas menerima ujian Allah itu dengan mengucapkan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah.Kerana dia tahu bahawa tidaklah Allah itu menguji hamba-hambanya seandainya mereka tidak mampu.

Dumm!!! Faizal menendang pintu bilik adik perempuannya,sehingga tercabut slak pintu bilik itu.Lia yang sedang tidur berselimutkan kain batik lama,dan beralaskan tilam buruk yang diletakkan diatas lantai biliknya itu , tersentak dari tidurnya,kerana terkejut dengan bunyi dentuman pintu yang di tendang oleh Faizal.Kemudian Faizal menuju kearah Lia,dan terus menarik kain batik yang Lia jadikan selimut itu, lalu Faizal bersuara "wei!!! kau bangun Lia!! sebelum aku terajang muka kau.cepat! cepat! cepat! ujar faizal sambil menanti Lia berdiri dari tempat tidurnya.Sebaik sahaja Lia tegak berdiri,satu sepakan hinggap kepeha kanan Lia.Lia tidak dapat mengawal dirinya,kemudian Lia terjatuh kerana merasa akan kesakitan akibat sepakan faizal itu.Lia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdiam dan menundukkan kepala sambil memegang peha kanannya.Lia berusia 17 tahun,yang mana akan menduduki peperiksaan spm tahun ini.Dan Lia bukanlah seorang pelajar yang bijak, akan tetapi dia adalah seorang pelajar yang berakhlak baik.Suara Faizal berbunyi lagi"kau jangan nak mengada-ngada!kau bangun sekarang! sebelum aku patahkan kaki kau tu nanti.cepat!tegas Faizal. Dengan diri yang dikuasai syaitan, Faizal memberi satu tamparan pula kemuka Lia.Dan tamparan itu tepat mengenai mata Lia.Faizal bersuara"kau pergi tolong mak kau kat dapur tu!kau jangan nak sedap-sedap tido je! karang kalau aku dah buta kan mata kau baru kau tau!!.Lia dengan perasaan marah dihatinya, tetap berdiam dan tabah menghadapi manusia yang berhati iblis itu.kemudian Lia pun bangun dan berjalan sambil terhencut-hencut menuju kearah dapur.

Setibanya Lia di ruang dapur,dia melihat akan maknya sedang duduk diatas lantai.Dengan berjalan terhencut-hencut,Lia menuju kearah maknya."mak!kenapa ni?tanya Lia apabila melihat tangan maknya itu berlumuran darah."tak ada apa-apa lah Lia!ni ha!!tangan mak terkena kaca ni tadi!sikit je..."jawab Misliah,yang tidak mahu bercerita panjang."jomlah mak!basuh tangan mak tu dulu!nanti masuk kuman pulak!!tegas Lia.Lia membantu maknya bangun dari duduk,dan membawanya menuju ke bilik air."mak! Lia menyapa maknya yang sedang membasuh lukanya didalam bilik air."kenapa perangai abang faizal tu,semakin teruk mak?Lia rasalah!kalau dia tak ada dalam rumah ni,mesti kite tak terseksa macam ni.ujar Lia dengan perasaan kesal."tak baik Lia cakap macam tu!izal tu abang Lia!tak baik Lia membenci dia tau! jawab misliah menasihati Lia."ala mak! lia buakannya apa,cuma Lia tak suka je kalau dia tetap berperangai macam tu!.mak tengok la ni! Lia menunjukkan kapada maknya akan matanya yang merah akibat ditampar oleh Faizal."astgfirullah hal azim!! Misliah mendekati Lia dan meletakkan tangannya kemuka Lia.Sambil menatap mata Lia,Misliah berpesan"sabar jela Lia! insyaallah Lia akan beroleh perlindungan Allah"Lia mengangguk faham.kemudian mereka berdua keluar daripada bilik air itu,dan menyambung semula membersihkan serpihan kaca yang masih lagi berbaki disitu.

Faizal yang tadinya mengamuk,telahpun masuk kebiliknya untuk tidur.Tinggallah Misliah dan Lia yang masih lagi sibuk mengemas dapur.jam didinding menunjukkan tepat pada pukul 4.02 minit pagi." Lia! sekejap lagi dah subuh!"ujar Misliah kepada anaknya."jadi kita tak usah tidur lagi la ye?Lia menganggukkan kepalanya,kerana dia tahu apa yang dimaksudkan oleh ibunya itu.Misliah dan Lia setiap hari akan bangun pada awal pagi kerana akan menyiapkan juadah sarapan untuk dijual,hanya itulah mata pencarian Misliah demi membesarkan anak-anaknya yang masih lagi bersekolah setelah kematian suaminya."ha! Lia,dah azan tu! kita sembahyang dulu la,nnt tidaklah terkejar-kejar sangat".Ujar misliah kepada Lia."Baiklah mak"jawab Lia dengan nada lembut.kemudiannya mereka berdua menuju ke bilik masing-masing untuk menunaikan solat subuh.

Tidak ada komentar: