Rabu, 28 Mei 2008

remaja masa kini

Remaja masa kini...........


salam ana ucapkan kepada pembaca yang dirahmati Allah lagi dikasihinya,pertama-tamanya marilah kita bersama-sama bersyukur keatas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita,kerana selaku hamba kepada tuhan yang mentadbir alam ini,maka wajiblah keatas kita untuk bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita..alhamdulillah.jadi para pembaca sekalian! janganlah kita menjadi orang yang kufur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita,kerana ingatlah kita semua! sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al quran yang bermaksud..(dan ingatlah tatkala tuhanmu memberitahu : demi sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat ku,maka aku akan tambah nikmat itu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkat dengan nikmatku,maka sesungguhnya azab aku adalah sangat pedih) surah ibrahim(7).maka dengan ini ,jelaslah bahawa kita sebagai makhluk Allah,wajib bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan...

Sahabat-sahabat yang sentiasa dikasihi Allah! sebenarnya dalam karangan ana yang pertama ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat,untuk kita sama-sama memikirkan dan merenung sejenak terhadap isu remaja masa kini.Dan sama-sama lah kita ambil ihtimam dengan apa yang bakal kita lihat nanti...insyaallah.semoga sahabat-sahabat tertarik dengan apa yang ingin ana kongsikan bersama sahabat-sahabat..dan terlebih dahulu,ana mohon maaf, sekiranya ada kecatatan dalam penulisan ana ini...sekian..

sahabat_sahabat yang tercinta!suka ana menanyakan kepada sahabat-sahabat,adakah pernah kita mendengar slogan ini??? pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.adakah pernah??? dan ana rasa ya! kita semua pernah mendengarkan slogan ini..kerana apa saya berani menyatakan sebegini yakin,kerana kita semua adalah pemuda dan pemudi itu! dan slogan ini tercipta untuk kita sebagai pemuda dan pemudi,buktinya??? sudah terang lagi bersuluh..dalam slogan tersebut tertera perkataan (pemuda dan pemudi).jadi,siapakah pemuda dan pemudi itu???dan ianya adalah kita semua yang bergelar insan muda..ini baru mukadimah yang ketiga sahabat-sahabat!kerana selepas ini,banyak lagi yang akan menemani perjalanan sahabat-sahabat dalam (KIMI)ini.insyaallah.

baiklah sahabat-sahabat!sekarang kita mulakan perbahasan kita ini. cuba sahabat-sahabat lihat dan renungkan,bagaimanahkah sikap@akhlak remaja masa kini,adakah bertetapan dengan kehendak agama islam?tentu ramai yang menyatakan TIDAK,mengapakah boleh begitu pula jawapannya? erm....Sedarlah kita wahai sahabat-sahabat,bahawa keruntuhan moral di kalangan remaja masa kini sungguh menjadi-jadi,selepas satu,satu masalah yang timbul,dan ianya bukanlah berlarutan dalam masa yang singkat!akan tetapi berlarutan dalam tempoh masa yang lama.bukan itu sahaja,malah keruntuhan moral mereka turut menjejaskan keselamatan orang awam dan memburukkan nama agama dan bangsa ,itulah sahabat-sahabat yang kita bimbangkan sekarang ini,apakah nasib negara dan agama?sekiranya isu-isu sebegini terus bersemadi didalam kehidupan remaja saat ini.nauzubillahi min zalik..

sahabat-sahabat yang mendapat keampunan Allah!cube kita singkapi isu-isu remaja masa kini.seprti: pergaulan bebas antara leleki dan perempuan,penyalahgunaan dadah,isu mat rempit,isu vandalisma,isu ponting sekolah,isu pergaduhan,pencurian dan yang lain-lain..sebaimana yang kita tahu sahabat-sahabat!perkara yang telah ana nyatakan diatas semuanya mengambarkan sikap-sikap negatif remaja masa kini..mari kita singkapi lagi sahabat-sahabat..(pergaulan antara lelaki dan perempuan) isu pergaulan antara lelaki dan perempuan ini,adalah isu yang paling besar dan yang paling ketara yang boleh kita lihat pada masa kini.dan ianya seakan-akan telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian remaja,tambahan pula sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan akan hal ini,dan malahan ada juga ibu bapa yang membenarkan@memberi galakan terhadap pergaulan semacam ini.inilah yang menjadikan isu-isu sebegini rumit untuk kita selesaikan.jelas sahabat-sahabat!apa yang kita lihat sekarang,lelaki dan perempuan,berpegangan tangan sedangkan mereka bukanlah mahram, menungang motosikal sambil berpelukan,dan yang paling teruk sahabat-sahabat adalah adakalanya ianya mambawa kepada perkara yang sangat dilaknat Allah,iaitu (ZINA).ingatlah sahabat-sahabat akan firman Allah yang bermaksud..(dan janganlah kamu menghampiri zina,kerana sesungguhnya zina itu adalah satu kejahatan dan dikeji perjalanannya)surah isra'(32).maka sahabat-sahabat jelas dalil yang telah di datangkan ini menunjukkan larangan untuk kita menghampiri zina.dan maksud yang sebenarnya yang ingin disampaikan adalah..larangan kepada kita untuk melakukan pergaulan bebas,oleh kerana itu Allah menyatakan dalam firmanya dengan menggunakan perkataan(janganlah menghampiri zina)kerana zina berlaku dengan adanya faktor-faktor yang telah disebutkan tadi.iaitu..pada mulanya bekenalan,kemudian berjumpa bertentang mata,kemudian berjabat tangan penuh mesra,kemudian berpelukan dan bercumbuan,dan akhirnya,,terlanjurlah melakukan zina...nauzubillahi min zalik sahabat-sahabat,mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari golongan manusia sebegini.amin! tidak la habis sekadar ini sahaja sahabat-sahabat tentang perjalanan zina ini,kerana apabila berlakunya zina maka akan subur la benih @janin didalam rahim penzina tadi,dan apabila ianya membesar,ini akan membuatkan si pelaku zina tadi menjadi penik,dan mula mencari pasangannya untuk menuntut agar bertanggungjawab terhadap bayi yang berada di dalam kandungannya itu,dan apabila pasangan sipelaku zina itu tidak mahu untuk bertanggungjawab.maka, keputusan yang bodoh dan yang keji akan diambil oleh si pelaku zina itu tadi..iaitu,,menggugurkan@melahirkannya dengan selamat dan membuangnya.maka disini kita renungkan sejenak sahabat-sahabat,apakah dosa bayi itu tadi???yang adakah patut dia diperlakukan sebegitu rupa?ibarat sampah yang busuk..? sedangkan kita tahu sahabat-sahabat, bahawsanya bayi yang lahir itu tidak pon berdosa malahan suci ianya.tp itulah yang zahir dapat kita lihat sahabat-sahabat,kerana perbuatan yang tidak bermoral sebegitu, orang lain yang menjadi mangsa.maka inilah yang dinamakan zalim..menghukum@meletakkaan sesuatu bukan pada tempatnya.Sahabat-sahabat yang budiman dan berakal bersih! jadi dapatkah kita bayangkan dan merenungkannya sejenak bertapa besarnya Allah swt,yang mengetahui akan tiap sesuatu.dapatlah kita lihat, akan larangan Allah itu semua mempunyai hikmah sebaliknya..Allahu akbar! Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

sahabat-sahabat yang sentiasa beramal soleh!sekarang mari kita lihat pula kepada isu yang kedua,iaitu isu(penyalahgunaan dadah).sahabat-sahabat tentu tahu apa yang dinamakan penyalahgunaan dadah,isu ini bukanlah satu isu yang baru kita dengar,akan tetapi isu ini telah lama timbul dan sampai sekarang tidak ada lagi cara yang terbaik untuk mengatasinya.walaupon kita mengetahui,bahawa kerajaan malaysia telah menjalankan satu kempen,yang berselogankan BELIA BENCI DADAH!! namun dapat kita saksikan sendiri bahawa kempen ini tidaklah dapat menyelesaikan isu ini dengan seratus peratus.meskipun begitu sahabat-sahabat,Alhamdulillah sekurang-kurangnya menurun juga peratus isu ini walaupun sedikit.akan tetapi sahabat-sahabat!bagaimanahkah cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik????ana pun tidaklah sebegitu arif dalam hal-hal sebegini.cuma disini ana ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama-sama menyelesaikan isu ini, dengan mengelakkan diri kita daripada terlibat sama dalam penyalahgunaan dadah ini..ingatlah kita wahai sahabat-sahabat yang berhajat kepada syurga Allah.sesungguhnya Allah telah berfirman dengan maksudnya(dan janganlah kamu membunuh diri yang Allah telah haramkan kecuali dengan kebenaran)surah isra'(33).jadi sahabat-sahabat,jelas dan nyatalah bahawa dengan dalil ini ,kita boleh mensabitkan bahawa hukum penyalahgunaan dadah adalah haram.mengapakah begitu??kerana,dadah adalah pembunuh,dan apa yang terkandung didalam dadah itu adalah kuman-kuman yang boleh membawa kepada kematian.cuba kita renungkan sebentar disini sahabat-sahabat!berapa banyakkah manusia-manusia@remaja-remaja sekarang yang terlibat dalam penalahgunaan dadah ini?tentu banyak sekali sahabat-sahabat,sehingga tidak terbendung masalah sebegini rupa.inilah yang kita sedihkan,mereka mencari duit semata-mata untuk membunuh diri mereka sendiri tanpa mereka sedari,akan tetapi yang lebih menyedihkan lagi,apabila kita melihat keadaan mereka yang lemah longlai,terlanta di tepi-tepi jalan,dibawah-bawah jambatan,dan kadangkala dapat kita saksikan sendiri,akan kematian mereka..ibarat sampah yang terbiar tanpa ada ahli waris yang menuntut..sedih sahabat-sahabat!cuba jikalau mereka itu salah seorang dari ahli keluarga kita,bagaimanakah perasaan kita?oleh itu sahabat-sahabat ,perkara-perkara sebegini janganlah kita ambil mudah.kerana takut-takut terjadi kepada keluarga kita nauzubillahi min zalik..jadi sahabat-sahabat wajiblah keatas kita untuk menjauhi masalah-masalah sebegini,dan mengajak manusia agar menjauhinya bersama-sama.semoga dengan keperihatianan kita,isu-isu sebegini rupa dapat di nyahkan dalam kehidupan remaja@manusia selamanya..amin.

sahabat-sahabat yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah! untuk isu-isu yang sesudah ini,ana akan huraikan secara ringkas sahaja, kerana agar sahabat-sahabat mudah untuk katamkan bacaan sahabat-sahabat dalam (KIMI) ini.isu (mat rempit,vandalisma, ponteng sekolah,pergaduhan dan pencurian)ini semua adalah isu yang turut popular dikalangan remaja saat ini,isu yang menunjukkan akan sikap remaja-remaja yang sangat ketara pada kebelakangan ini.Tercetak di dada-dada akhbar, terpampang dikaca-kaca tv,dan juga tersiar di corong-coraong radio..yang mana semuanya mengherdik sikap-sikap remaja masa kini.apakah perasaan kita sebagai remaja masa kini?????adakah kita marah?kalaulah kita marah dengan apa yang telah dipalitkan kepada kita,maka kita adalah insan yang bermaruah dan yang menyedari akan hakikat nya.Akan tetapi,seandainya kita tidak ada apa-apa rangsangan,ini bermaksud kita adalah orang yang bodoh dan yang tidak berperasaan.oleh itu marilah sahabat-sahabat,kita sedari akan hakikat yang zahir ini,dan marilah sama-sama kita sucikan kembali nama remaja masa kini.bagaimanakah caranya??dengan cara kita mencontohi akhlak Rasullullah saw.sebagai mana yang telah baginda ajarkan kepada kita,dan sabagaimana yang telah baginda tunjukkan kepada kita.ketahuilah sahabat-sahabat,seandainya kita mencontohi akhlak rasullullah maka kita akan terpimpin menuju kearah kebaikan dan keselamatan.kerana akhlak rasullullah adalah akhlak yang terpuji,yang mana Al quran sendiri memuji akan akhlak baginda,oleh itu banggalah kita menjadikan nabi muhammad saw sebagai contoh tauladan dalam kehidupan seharian kita,dan juga sebagai langkah untuk kita menyelesaikan isu-isu remaja masa kini.mudah-mudahan selamat untuk kita jalankan tanggungjawab kita ini.

sahabat-sahabat yang akan beroleh kebahagiaan diakhirat!jadi ana rasa cukup sampai disini sahaja yang dapat ana kongsikan bersama antum semua,insyaallah jikalau Allah memberi ana masa,ana akan sampaikan ilmu yang sedikit sebanyak ada pada ana ini untuk sama-sama kita renungkan.dan ana berharap sekali lagi agar sama-samalah kita menghayati akan apa yang telah sama-sama kita bahaskan diatas ini.semoga kita semua mendapat keredhaan dan petunjuk daripadanya.akhir sekali ana ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap @kecacatan dalam penulisan ana dalam(KIMI)ini.maklumlah kerana ana adalah insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. sekian saja dari ana...salam untuk semua yang membaca dan yang melayari (KIMI)ini...salam muhibbah dari ana (mift)..




Kamis, 22 Mei 2008

penghargaan & kata2 aluan...

Alhamdulillah!bersyukur kehadrat tuhan yang esa,cz dengan limpah n rahmatnye,dapat juga kilauan mutiara ilmu(KIMI) ini diwujudkan,yang mane insyaallah akan dimuatkan dalam (KIMI) ini dengan perkara2 yang berfaedah dan artikel2 yang menarik utk dkongsikan bersame2..... dan tidak lupe juga kepada ustaz rasul amat dan ustaz ishak hanis,yang telah memberi bantuan dalam menjayakan penerbitan (KIMI) ini. ...syukran jazilan....dan kepade kawan2...nantikan artikel2 yang menarik yang bakal memberi manfaat kepada kite semue.amin,sekian sahaja dan salam dari kami,pengarang(KIMI).